TENTANG KAMI

Penubuhan Sekolah Rendah Islam Dar Al Musthofa Tercetus kerana melihat zaman mutakhir ini ilmuwan Islam semakin tandus di negara ini terutamanya ilmuwan yang mantap ilmu agamanya untuk mempertahankan akidah yang sohih. Oleh itu, kami menubuhkan tadika dan sekolah rendah ini, seterusnya sekolah menengah dan maahad tahfiz. Kami telah mengambil dan mengkaji silibus-silibus dari Timur Tengah seperti Mesir yang telah sekian lama mengaplikasikan pelbagai kaedah tradisional dan berkesan dalam institusi pengajian mereka.

DAR AL MUSTHOFA

Lambang Bentuk Kubah Masjid Nabawi

Melambangkan Sekolah Rendah Islam Dar Al Musthofa sebagai instotusi pendidikan yang diasaskan demi merialisasikan perintah dan perjuangan Nabi Muhammad ﷺ. Memupuk rasa kasih dan sayang kepada Nabi Muhamad ﷺ sejak kecil.

Lambang Bentuk Al-Quran

Melambangkan betapa Al Quran merupakan elemen terpenting di dalam proses membina jiwa anak-anak.

Warna

Merupakan warna-warna yang utama dalam islam dan warna-warna yang digemari Nabi Muhammad ﷺ.

Putih yang menjadi simbolik kepada kesucian dan kemurnian.

Biru membayangkan akan keluasan lautan ilmu.

Warna emas melambangkan moden dan prestasi.

MATLAMAT

Memberi peluang kepada pelajar Islam yang berpotensi mendapat pendidikan Islam berkualiti berteraskan Al Quran dan Sunnah.

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan moden.

Melahirkan pelapis agamawan yang menguasai ilmu-ilmu Islam disamping mempunyai akhlak yang mulia.

Menjana intelektual Muslim yang peka, bijak dan efisien dalam menangani permasalahan masyarakat luaran dan dalaman.

OBJEKTIF

Membentuk kecemerlangan melalui Al Quran

Membentuk ahli Quran yang mantap dalam pelbagai ilmu melalui sistem pendidikan tradisi Islam

Melahirkan pelajar-pelajar yang peka dengan isu-isu semasa dan mampu mempertahankan aqidah Ahli Sinnah wal Jamaah yang tulen.

Melahirkan para pendakwah yang mampu menggarap adab dan mesej dakwah Rasulullahﷺ

PIAGAM PELANGGAN

Memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam membentuk pelajar kearah bersikap positif, inovatif & kreatif.

Sentiasa mengamalkan sikap penyayang, berdisiplin, dan berfikiran terbuka dalam melaksanakan tugas secara berpasukan.

Menjalin hubungan yang lebih mesra antara ibu bapa, guru dan pelajar untuk menjayakan sebarang aktiviti pendidikan.

Menyemai budaya penyayang kepada semua pelanggan.

Sentiasa menepati masa dalam sebarang urusan dan peka dengan perkembangan pendidikan semasa.

Soalan Lazim (F.A.Q)

Bagaimanakah sistem pembelajaran di Sekolah Rendah Islam Dar Al Musthofa?
Pembelajaran menggabungkan 3 elemen
Al Quran, Diniyyan & Akademik
Jam berapa sesi persekolahan bermula?
Sesi persekolahan bermula seawal 7.45 pagi hinggaa 5 petang
Adakah anak-anak perlu solat sepanjang di sekolah?
Anak-anak akan menunaikan solat Dhuha, Zohor dan Asar secara berjemaah
Bolehkah anak-anak yang belum tahu membaca Al Quran mendaftar di sekolah ini?
Boleh, Anak-anak akan dibantu oleh guru yang berpengalaman untuk membaca Al Quran dengan mudah dan betul
Adakah makanan disediakan?
Makanan tengah hari yang berkhasiat disediakan. Bayaran ini telah termasuk dalam yuran pelajar.
Adakah asrama disediakan?
Ya, asrama disediakan dengan yuran tambahan untuk pelajar seawal 8 hingga 13 tahun